Jumaat, 26 November 2010

Aku ingin ke sana


Ia bagaikan memanggil-manggil
aku ingin ke sana
semua yg merasakan ingin menunaikan tanggungjawabnya terhadap agamanya
pasti ingin ke sana
tempat yang suci
tempat di mana hati yang kebal menjadi cair
tempat di mana kita akan sedar betapa kerdilnya kita di bumi Allah ini
tempat di mana kita akan menyedari yang kematian itu pasti datang menghampiri
tempat sekelian umat membayangkan keadaan mereka di padang mahsyar
kecil, takut, mengharapkan pengampunan...
aku ingin tiba di sana
mengabdikan seluruh amal ibadatku
hanya untuk Dia
Tuhanku yang maha Pengampun...

Rabu, 24 November 2010

Cikgu



cikgu...bayangkan la cikgu kita dulu-dulu mcm dlm video ni...mcm mana la kita agaknya hari ini...bayangkan la anak-anak murid cikgu di atas, mcm mana la produk yg dpt dihasilkan...cikgu adalah 'human engineer'..bukan mudah untk membina dan membentuk manusia...acuannya kena betul..sahsiahnya mesti wajar untuk dicontohi...tp mcm mana dengan kes yg ni????secara peribadinya , dia tidak dikenali...tp dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang cikgu...sedihnya...anak2 muridnya mungkin terhibur dengan aksinya..tetapi bayangkan generasi yg akan terhasil dengan pengaruh sebegini...mmg menyedihkan..

Impian alam kanak-kanak @ dewasa


Bila tengok Yuna...rasa macam nak jadi penyanyi. Bila tengok Kate Middleton terasa macam nak jadi tuan puteri. Bila pergi hospital tengok doktor..berangan pulak nak jadi doktor...macam-macam cita-cita dan angan-angan si kecil...tapi boleh jadi jugak angan-angan mak ayah yang tak kesampaian sebenarnya...
Sebab itu dengan jelas boleh dilihat bila anak-anak masuk pertandingan realiti, bersungguh-sungguh mak ayah di bawah pentas menyokong anak...pergi ujibakat nyanyian untuk si kecil pn, mak bapak yang beriya sanggup beratur panjang...bukan tak elok menyokong cita-cita anak-anak tapi dah pikir masak-masak ke lembah mana nak heret anak-anak tu...memang tak mustahil la anak-anak sekarang sibuk nak kejar dunia glamor nak jadi penyanyi, artis, selebriti walaupun usia baru setahun jagung..dah sah-sah mak ayah sendiri yang beri galakan...dah pikir masak-masak ke????